Edisi Sukan Hangat! Malaysia bergaya benam Chile - Kelayakan Olimpik 2012!

Oleh Kaki Wayang on


Skuad hoki negara memulakan kempen kelayakan Olimpik 2012 dengan langkah meyakinkan apabila membelasah Chile 5-1 dalam perlawanan sulung sebentar tadi.

Malaysia mendahului 1-0 melalui Mohd. Razie Rahim pada minit ke-18 sebelum Jan Richter menyamakan kedudukan buat Chile, dua minit kemudian.

Terikat 1-1 pada separuh masa pertama, Malaysia memperbaiki aksi pada babak kedua dengan meledak empat gol menerusi Faisal Saari pada minit ke-42 dan Hafifihafiz Hanafi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-49.
Dua minit kemudian, Razie yang bertindak selaku ketua pasukan menjaringkan gol sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohd. Amin Rahim melengkapkan kemenangan 5-1 Malaysia pada minit ke-58.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...