Ariff
Alfian Rosli
Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff
Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi
doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan
pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun
lalu.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah
berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak
kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk
membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland
dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali
ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu
yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas
untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom
(UK).
"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003
dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak
asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. "Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat
penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti
pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal
(2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan
pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung
beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang
menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik
dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk
menampungnya.
"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung
pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus
dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. "Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan
menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun
lalu," katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman
pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih
RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan
pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak,
kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang
Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan
murtad. Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar
negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa
keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
DI BAWAH, PADA RUANGAN RELATED POST ada beberapa kisah beliau, siapa beliau dan bagaimana dia terjebak dalam kancah perkahwinan sejenis ini..
DI BAWAH, PADA RUANGAN RELATED POST ada beberapa kisah beliau, siapa beliau dan bagaimana dia terjebak dalam kancah perkahwinan sejenis ini..