Edisi Hangat! Irma Hasmie Sahkan Bakal Bertunang - Serius Hot!

Oleh Kaki Wayang on


Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie mengesahkan bakal bertunang dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun ini namun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut. Irma dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, dia akan menjelaskan butiran mengenai jejaka berkenaan kepada umum semasa majlis pertunangan itu nanti.
 
"Ya, Insya-Allah (akan bertunang), cuma tunggu masa majlis nanti baru saya akan cerita," ujarnya ringkas.

Pada Sabtu, sebuah portal hiburan melaporkan Irma bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya dalam beberapa minggu lagi.

Pasangan itu dilaporkan memilih tarikh 27 Mac 2012 sebagai hari bersejarah itu yang dijadualkan akan berlangsung di kediaman keluarga Irma di Sungai Buloh, dekat sini. Laporan itu turut menyebut Irma terpaut hati dengan jejaka berkenaan ketika sama-sama menunaikan Umrah di kota suci Mekah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Irma ketika ditanya mengenai majlis dan bakal tunangnya enggan mendedahkan sebarang maklumat ketika ini dan meminta pihak media menunggu masa sesuai.

"Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum majlis itu berlangsung. Maaf, harap doakan yang terbaik dan dipermudahkan dalam segala urusan," ujarnya.

Irma sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Farid Kamil dan penyampai radio Suria FM iaitu Nabil (Raja Lawak) sebelum hubungan itu terputus di tengah jalan.

Pelakon yang manis menggayakan tudung itu juga pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ezuwan Ismail selepas sering kelihatan bersama.

P/s: Makin comel pula Irma Hasmie ni kan..bertudung pula tu...bertuah sape dapat dia ni..tahniahlah yer

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...