Edisi Sentap! Barack Obama didakwa Memalsukan Dokumen Sijil Kelahirannya!

Oleh Kaki Wayang on

PENYIASAT Arpaio menunjukkan beberapa perkara meragukan dalam sijil lahir Obama. 

Seorang Syerif di pejabat Syerif Maricopa County, Arizona, Joe Arpaio, 80, mendakwa, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati bahawa sijil kelahiran Presiden Barack Obama adalah palsu.

“Hasil daripada siasatan terperinci yang dijalankan kakitangan saya selama enam bulan, saya percaya bahawa sijil kelahiran Obama dicetak menggunakan komputer,” katanya. 

Arpaio, seorang anggota Republikan yang disifatkan sebagai syerif paling lantang bersuara, menggesa Kongres menyiasat penemuannya, termasuk undang-undang menyatakan bahawa mereka yang memalsukan dokumen melakukan dua jenayah, iaitu menghasilkan dokumen palsu dan mengemukakannya kepada umum.

 
“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menuduh presiden Amerika sekarang melakukan jenayah, tetapi ada banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Kami berhasrat meneruskan siasatan bagi mendapatkan jawapan itu,” katanya. 

Pada April 2011, Obama mengemukakan butiran terperinci sijil kelahirannya dalam usaha meredakan spekulasi dikalangan anggota Republikan bahawa beliau tidak dilahirkan di Amerika, syarat yang diperlukan perlembagaan untuk menyandang jawatan presiden.

Arpaio berkata, siasatan dijalankan oleh lima anggota sukarela selepas menerima permintaan daripada kumpulan pelobi politik Tea Party di kawasan Phoenix.

Rumah Putih berulang kali menafikan dakwaan bahawa Obama tidak dilahirkan di Amerika. Sementara itu, lain pula halnya di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Dupont Circle Metro (DC Metro Station) Washington, apabila satu papan iklan yang mengkritik program pembaruan penjagaan kesihatan Obama, diakhiri dengan kata-kata ‘pergi jahanam Barack!’

“Barack Obama mahu ahli politik dan birokrat menguasai keseluruhan sistem perubatan di Amerika. Pergi jahanam Barack,” kata kenyataan awal iklan itu sebelum diakhiri dengan ayat itu.

Seorang anggota Kongres Demokrat dari Virginia, Jim Moran, menulis surat kepada Pengarah Urusan Metro, menggesa beliau menurunkan iklan terbabit.

“Iklan itu menunjukkan sikap biadab terhadap presiden Amerika dan tidak dimiliki pihak berkuasa Pengangkutan Metropolitan Washington (WMATA),” katanya.

Bagaimanapun, WMATA berkata, bahasa yang digunakan di dalam iklan terbabit boleh digunakan dan dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika yang menjamin kebebasan bersuara.

“Iklan WMATA tertakluk di bawah undang-undang forum umum dan dilindungi perlembagaan,” kata pihak berkuasa Metro dalam satu kenyataan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...