Edisi Hangat! Heroin filem Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’ datang ke Kelantan!

Oleh Kaki Wayang on


Wah tak sangka Heroin filem Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’, Oki Setiana Dewi akan datang memeriahkan Hari Hiburan Islam (HAI) di Kelantan pada 9 Mac depan.

Selain pelakon seberang ini, selebriti lain yang akan turut membuat penampilan pada program tersebut adalah Daphne Iking dan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.



Kesemua selebriti terbabit dijadualkan akan menjadi panel untuk salah satu slot dalam program HAI iaitu `Bicara Selebriti’ yang akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre pada 9 Mac bermula pukul 9 malam.

Selain itu, Oki Setiana Dewi turut dijadual menyertai slot `Melukis Pelangi’ yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan pada 10 Mac bermula pukul 11 pagi.

P/s: Pernah menonton filem Ketika Cinta Bertasbih dan pada ketika ini Sinetron KCB kini ditayangkan di Channel Astro Pelangi..so, kalau berminat dan merupakan peminat Oki Setiana Dewi ni..jangan lupa saksikan sinetron berkenaan yang pada asalnya diadaptasi dari novel..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...