Kerajaan tiada cadangan untuk mengurangkan jumlah cuti umum apabila
cadangan gaji minimum dilaksanakan kerana pendirian itu diyakini telah
mengambil kira aspek produktiviti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang penting adalah untuk
semua pihak meningkatkan produktiviti supaya ekonomi negara dapat terus
berkembang supaya setaraf dengan negara-negara maju.
“Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. Kalau pun gaji minimum ditetapkan semua pihak ada peranan masing-masing.
“Ini bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang, rakyat dapat
faedah dan tidak membawa kesan yang dikatakan boleh jejaskan pertubuhan
dan sebagainya,” katanya selepas pelancaran Sambutan Hari Buah Pinggang
Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di sini semalam.