Edisi Jenayah! Penjenayah Seks Dipenjara - Serius Jenayah!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.

Sebelum ini, tertuduh yang juga seorang duda telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima tuduhan rogol membabitkan mangsa-mangsa lain. Kes-kes itu kini dalam proses perbicaraan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Dalam kes rogol keenam yang dikenakan terhadap Amran semalam, lelaki yang pernah berkahwin dua kali itu mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 18 April tahun lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di sebuah asrama pekerja di Jalan Kuala Krai dekat sini.

Atas tuduhan itu, Amran dari Bachok dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pasar raya di sini terjaga daripada tidur selepas dia terdengar bunyi orang menggeledah di bawah katil di bilik asramanya.

Mangsa kemudian melihat tertuduh berada di sebelah katilnya sambil memegang sebilah pisau dan mengacu pisau tersebut ke leher mangsa sambil menyuruh mangsa diam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...