Edisi Terkini! PM Umum Kadar Gaji Minimum Dalam Tempoh Terdekat!

Oleh Kaki Wayang on

Kerajaan telah membuat keputusan mengenai kadar gaji minimum dan butiran terperinci akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan telah dicapai di antara pelbagai parti dan Kementerian Sumber Manusia.

"Kami telah mencapai persetujuan dengan majikan, kesatuan pekerja dan kementerian sudah menghantar kertas cadangan. "Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai iaitu dalam tempoh terdekat," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di sini, Ahad.


Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan dengan terperinci sama ada kadar ditetapkan dipersetujui oleh kerajaan dalam Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (NWCC). Beliau berkata, semua faktor relevan seperti kos sara hidup, inflasi, trend demografik, kesan terhadap majikan dan kesan ekonomi diambil kira dalam perbincangan itu.

"Kami percaya terdapat keperluan terhadap gaji minimum tetapi kami tidak mahu membuat keputusan terburu-buru," katanya.

Ketika ditanya sama ada perlaksanaan gaji minimum akan menyebabkan jumlah cuti umum dikurangkan, beliau berkata, perkara itu akan dipertimbangkan. Muhyiddin berkata para pekerja perlu meningkatkan produktiviti bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negera membangun.

Difahamkan, kerajaan sedang meneliti kadar gaji minimum di antara RM800 hingga RM1,000 terhadap 3.2 juta pekerja di sektor swasta. Kira-kira 33 peratus kakitangan swasta dipercayai memperolehi pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu di bawah paras kemiskinan.

Pada Jumaat, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kadar gaji minimum akan diumumkan selewat-lewatnya bulan ini. Bulan lalu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan memberi amaran bahawa kira-kira 200,000 majikan perniagaan kecil akan menghentikan operasinya kerana tidak mampu membayar gaji lebih tinggi.

Katanya, perlaksanaan kadar gaji minimum akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran di antara 30 hingga 40 peratus. Di Ipoh, Dr Subramaniam berkata, kementeriannya masih menunggu tarikh pengumuman daripada pejabat Perdana Menteri.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...