Edisi Terkini! The Star Gantung Dua Orang Editor Sebagai Response Kepada Isu Erykah Badu!

Oleh Kaki Wayang on


 Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil satu keputusan muktamad menarik semula permit konsert kerana imej tersebut yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

Ekoran kejadian itu, sebagai satu tindak balas selain permohonan maaf yang di’terbitkan secara terbuka, The Star di’laporkan telah memecat dua orang editor yang bertanggungjawab ke atas penyiaran imej penuh kontroversi itu.

The Malaysian Insider melaporkan yang Editor Kanan sisipan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Editor Daryl Goh telah di’gantung berkuatkuasa serta merta.

The Star turut di’laporkan telah melantik Editor Bersekutu Rozaid Rahman dan Shah Dadameah untuk membantu juga membimbing akhbar itu berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti kaum & agama.

Via: Rotikaya

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

assalammualaikum Azri..alhamdulillah memang nampak perubahan since kita bertukar link dan akak menumpang menempek kat blog awak tu....ada kawan-kawan dari blog awak yang menyinggah ke blog akak yang tak seberapa ni...harap azri dapat bagi tunjuk ajar lagi eh...mekasih sebab sudi tumpangkan link akak.

Kaki Wayang said...

Alhamdulillah..baguslah kalau macam tu..itulah tujuan sebenar bertukar-tukar feed lin ni..harap-harap akak dapat manfaat darinya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...