Edisi Tips! 5 Tabiat Buruk Yang Wanita Perlu Ambil Tahu!

Oleh Kaki Wayang on



Hey wanita Malaya! Jika kesihatan pada tahap terbaik yang kamu dambakan, cuba elakkan lima perkara ini. Bak kata pepatah, “Mencegah Lebih Baik Draipada Mengubati”.

Memakai Kasut Tumit Tinggi

Pemakaian kasut tumit tinggi yang melebihi 1.5 inci boleh menyebabkan masalah pada postur badan. Tekanan yang berlebihan pada sendi boleh menyebabkan kamu yang memakainya mengalami sakit di bahagian belakang dan kecederaan pada urat kaki.
 
Membawa Beg Tangan Yang Berat

Membawa beg tangan yang berat boleh menyebabkan kesan pada bahagian belakang dan leher akibat kekerapan daripada beban yang terpaksa dipikul di atas bahu. Walaupun kesannya tidak dirasai sekarang, namun kamu dinasihatkan supaya mengubah tabiat dengan membawa barang-barang penting sahaja dikala berpergian ataupun ke tempat kerja. Cara paling mudah yang boleh diamalkan adalah dengan menggunakan beg tangan bersaiz kecil.

Solekan Tidak Dibersihkan Sebelum Tidur

Ramai wanita memandang remeh masalah ini. Akibat terlalu penat dengan aktiviti harian, kadangkala kamu tertidur tanpa sempat membersihkan solekan. Tabiat buruk ini boleh menyebabkan liang-liang romatersumbat akibat daripada kotoran dan minyak yang terkumpul semasa melakukan aktiviti harian. Selain itu, solekan yang tidak ditanggalkan boleh menyebabkan kegatalan di bahagian mata.

Penggunaan Saiz Coli Yang Salah

Penggunaan saiz coli yang salah yakni tidak tepat dengan ukuran buah dada juga boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul seperti sakit pada bahagian belakang, bahagian leher, bahagian buah dada, sesak nafas, kerengsaan kulit, masalah peredaran darah serta si pemakainya menjadi cepat marah. Kalau dah tak selesa semua serba tak kena.

Tidak Cukup Tidur

Statistik menunjukkan bahawa wanita cenderung mengalami masalah tidak cukup tidur. Tugasan sebagai wanita menyebabkan mereka kesuntukan masa untuk tidur. Tidur yang tidak mencukupi boleh mempengaruhi mood serta cenderung mengaami penyakit tekanan darah tinggi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Emma said...

nasib baik tak tersenarai dalam golongan di atas =)

NN said...

nice sharing... mmg baik utk kaum hawa ni :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...