Edisi Hangat! Eh, Sejak Nak Kahwin Ni Fasha Sandha Kini Bertudung!

Oleh Kaki Wayang on


Tak tahulah pic ni pic lama ke baru..cuma sejak dah nak kahwin ni kan..yang katanya penghujung tahun ini..Fasha andha kini sudah mula bertudung..baguslah akak ooiii..nak jadi isteri ini kenalah pandai jaga aurat..kang tak pasal-pasal suami awak tu yang tanggung dosa kalau awak tak jaga aurat..ikuti kisah mereka menghadiri Kursus Kahwin sebab nak kahwin..(abaikan ayat macam tak betul jew)


“Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...