Edisi Hangat! Surat Tun Mahathir bukan bukti iktiraf Israel!

Oleh Kaki Wayang on

Semua surat yang dihantar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel tidak boleh dijadikan bukti pengiktirafan kerajaan terhadap rejim Zionis itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan sentiasa konsisten dengan pendirian menyokong rakyat Palestin dan tidak mengiktiraf kewujudan kerajaan Israel.

Tegasnya, surat bekas Perdana Menteri itu tidak lebih daripada sekadar menjawab semula permintaan Israel untuk mengadakan hubungan diplomatik.

“Kalau baca betul-betul tidak ada pun, cuma disebut sokongan Malaysia terhadap rakyat Palestin tidak berbelah-bahagi dan ia memberi peringatan pada Israel.

“Surat itu tidak lebih daripada mengatakan jika soal rakyat Palestin pun tidak boleh diselesaikan jadi jangan bercakap soal mengadakan rundingan diplomatik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai program Road to London di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Kaki Wayang said...

Ayahanda Tun M memang terbaik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...