Edisi Paling Hangat! Senarai Protegé Yang Layak Ke Program Realiti TV Mentor 6 - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


JUARA Bintang Idola Berita Harian (BIBH) musim pertama, Noor Nazatul Farahin, 23, antara enam protege yang akan bertarung merebut ganjaran berjumlah RM100,000 dalam program realiti Mentor terbaru, bermula 18 Mac ini.  Penari kebudayaan itu dipilih sebagai protege Fauziah Ahmad Daud (Ogy) selepas melalui empat tapisan uji bakat.

Selain Noor Nazatul Farahin atau Zatul, Mentor musim enam ini turut membariskan bekas peserta Showdown, Abdul Kadir Unding Lana atau KJ, 23, selaku protege Adam; penggiat teater, Anas Ridzuan, 23 (Faizal Tahir); Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 (Ella); Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ramlah Ram); dan Salwani Sawi, 18 (Ferhad).

Fauziah berkata, bukan hanya bakat, semangat serta kesungguhan, faktor komunikasi dan pandai membawa diri turut mendorongnya memilih gadis dari Kedah itu sebagai anak didik.

"Sebelum pemilihan akhir, saya minta setiap calon mengadakan persembahan seperti di konsert, yang bermakna mereka perlu mempunyai skil menarik perhatian khalayak selain kekuatan vokal. Proses itu saja memakan masa berjam-jam dan Zatul mampu berdepan ujian terbabit.

"Apa pun saya sendiri pasti akan 'turun padang' setiap hari melatihnya, walau punya pasukan sokongan baik dari segi vokal, imej diri, komunikasi dan pakar motivasi. Pertalian antara mentor dan protege perlu kukuh bagi menyuntik keyakinan anak didik," katanya selepas sesi memperkenalkan peserta program itu di ibu kota, semalam.

Bagi Zatul, kewibawaan Fauziah dalam bidang hiburan membuatkannya bersemangat untuk mencuba nasib.

"Sebaik dimaklumkan bakal ke peringkat seterusnya, saya menyediakan lebih 20 lagu sebagai persiapan," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Mentor 6, Muhamad Sufian Isa, berkata format dan konsep program itu tidak berubah. Cuma kali ini mereka memperkenalkan dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini, supaya perkembangan setiap peserta dapat diikuti sejak awal lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...