Edisi Sukan! FIFA siasat kemenangan besar Bahrain 10-0 ke atas Indonesia!!

Oleh Kaki Wayang on

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memulakan siasatan kemenangan luar biasa 10-0 Bahrain ke atas Indonesia dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Asia.

Kemenangan besar itu dilihat mencurigakan kerana Bahrain memerlukan sembilan gol defisit untuk mengatasi kedudukan Qatar yang perlu tewas kepada Iran dalam satu lagi perlawanan jika mahu melangkah ke pusingan seterusnya.


Namun, Qatar berjaya meraih keputusan seri 2-2 dengan Iran dan menempah laluan ke pusingan akhir kelayakan selaku naib juara kumpulan.

''Keselamatan FIFA akan mengadakan pemeriksaan rutin biasa mengenai perlawanan itu dan keputusan antara kedua-dua pasukan. Perkara paling penting adalah jika ada sebarang keraguan, anda perlu menyiasat.

''Ia mungkin satu kebetulan namun mungkin ada sesuatu di sebalik keputusan perlawanan itu. Mengatur keputusan perlawanan adalah satu isu yang perlu diselesaikan secepat mungkin.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...