Edisi Hangat! Gambar Ipad 3 - Serius iPad Paling Cool Setakat Ini!

Oleh Kaki Wayang on


Apple melancarkan iPad generasi ketiga pagi tadi dengan ciri-ciri lebih canggih bagi mengekalkan kedudukannya sebagai kuasa besar dalam pasaran komputer tablet dunia.

iPad baru itu didatangkan dengan perisian lebih berkuasa, paparan resolusi tinggi setaraf iPhone 4S dan kemampuan untuk disambungkan kepada rangkaian telekomunikasi 4G LTE yang dapat menggerakkan data lebih pantas berbanding iPad sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, jualan iPad mengatasi pengeluar komputer peribadi pada tiga bulan terakhir tahun lalu. Ipad 3 diperbaharui dengan skrin yang lebih jelas dan pemproses yang lebih pantas.

Apple berkata, paparan baru itu menjadi lebih jelas daripada televisyen definisi tinggi sedia ada.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...