Edisi Sukan Hangat! Jose Maurinho Kembali Mengemudi Chelsea!

Oleh Kaki Wayang on

pix_gal0

DALAM diam-diam, pemilik Chelsea Roman Abramovich mungkin sudah berdamai dengan Jose Mourinho dan bekas bos The Blues itu menjadi antara calon untuk mengambil alih tugas pengendali di Stamford Bridge musim depan susulan pemecatan Andre Villas-Boas.

Abramovich memecat Villas-Boas Ahad lalu, kurang 24 jam selepas kekalahan memalukan 1-0 di West Bromwich Albion yang sekali gus terus meletakkan Chelsea di tangga kelima saingan Liga Perdana. 
 
Buat sementara, bekas pemain tengah Roberto Di Matteo yang menjadi pembantu Villas-Boas, dinamakan sebagai pengurus sementara sehingga hujung musim untuk cuba mengelak malapetaka memalukan tersingkir pada pusingan kelima Piala FA apabila menentang kelab Liga Kejuaraan, Birmingham dalam tugasan pertamanya, hari ini.

Selepas itu, pengurus Itali itu akan memberi tumpuan untuk mengemudi Chelsea berada dalam kelompok empat teratas liga bagi menjamin tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan - atau mungkin cuba bangkit menebus kekalahan 3-1 kepada Napoli dalam perlawanan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Namun spekulasi yang lebih hangat diperkatakan masa kini berkisar terhadap sasaran Abramovich untuk mencari pengurus kelapan dalam tempoh lapan tahun sebagai pemilik kelab London barat itu.

Sejak membeli Chelsea pada 2003, Abramovich menyingkirkan Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Carlo Ancelotti dan Villas-Boas dan nama yang kian disebut-sebut kini ialah Mourinho, bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez dan pengurus Barcelona, Pep Guardiola, selain bekas pengurus England, Fabio Capello.

P/s: Mesti Miss Lulu Caldina (Peminat giler-giler Chelsea) suka kan kalau kontroversi dan spekulasi kat Chelsea ini berakhir..tengok jela blog dia, dihiasi dengan warna biru..headernya dengan bola dan jersi Chelsea.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Lulu Caldina said...

the one mmg pilihan terbaik.. Tapi, siapa pun selepas ni, semoga prestasi akan meningkat.. :)

Kaki Wayang said...

Hahahahaha..semoga pasukan Miss Lulu kembali pulih yerrr

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...